msen

26 Julai 2023 | Rabu - Program STEM FIESTA peringkat Sabah Anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah & Jabatan Pendidikan Sabah serta PPD Sandakan. Program ini turut dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zainuddin Bin Aman, Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.

IPTA, ILKA & IPTS seluruh Malaysia khususnya di daerah Sandakan dijemput untuk melaksanakan promosi institut masing-masing bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan, Sabah.

Program ini bertujuan melahirkan ramai pakar dalam bidang STEM serta mempromosikan STEM & TVET kepada warga pendidikan daerah Sandakan dan pelajar sekolah.

Bengkel Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara, Teknologi Kimpalan & Teknologi Komputer telah mempamerkan projek inovasi seperti “Mini Refrigeration & Aircondition Basic”, Position Welding & e-Learning Computer Architecture P&P.

Barisan pegawai ILP Sandakan yang terlibat ialah En. Syed Mohd Yusri bin Syed Yusoff (Pengajar Bengkel Teknologi Komputer), En. Supri bin Hadi (Pengajar Bengkel Teknologi Kimpalan), En. Mohd Faiz Fathullah bin Ali Hassan (Pengajar Tek. Penyejukbekuan & Penyamanan Udara), En. Ibrahim bin Lamusa (Bah. Pengurusan Pelajar & Latihan) serta 2 orang pelajar ILP Sandakan.

Selain itu, pihak ILP Sandakan juga turut mempromosikan kursus sepenuh masa yang ada di ILP Sandakan kepada warga kementerian pendidikan daerah Sandakan.

Diharapkan dengan program ini dapat mempromosikan pendidikan TVET khususnya ILP Sandakan kepada semua pelajar dan masyarakat Sandakan, Sabah.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures