23 Julai 2023 | Ahad – Usaha pemerkasaan TVET ILJTM di daerah ini terus diperkasakan melalui penyampaian yang efektif kepada golongan sasar. Terbaru, pihak ILP Sandakan telah dipelawa menjadi salah satu panel dalam forum anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan dan Majlis Perbandaran Sandakan yang diadakan di Dewan Suria Perdana, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sandakan sempena Fiesta STEM peringkat daerah Sandakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat tentang Pendidikan, peluang dan kerjaya STEM.
Forum bertajuk “Get To Know STEM” amat signifikan dengan TVET ILJTM khususnya sebagai mempromosikan ILP Sandakan kepada warga Sandakan dalam pelbagai peringkat generasi. Platform ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh wakil institut untuk menjelaskan kepada rakan strategik iaitu pihak PPD dan semua peserta berhubung perkaitan yang signifikan antara “STEM dalam TVET” mengikut tafsiran International Labour Organisation (ILO) dalam konteks global yang seiring dengan halatuju Jabatan Tenaga Manusia melalui Pelan Strategik JTM 2021 – 2025 (dalam konteks nasional). Strategi kedua-dua badan (ILO & JTM) ini jelas membuktikan keseiringan hala tuju kearah pembangunan industri yang mampan dan selari dengan teknologi terkini (National Industry IR4.0, 4WRD/IR4.0 dan seumpamanya) seterusnya berupaya menjana ekonomi domestik dan global.
Forum yang berlangsung selama dua jam itu dikendalikan oleh moderator berpengalaman iaitu En. Tan Shueh Li @ Adrian (SISC+ PPD Sandakan) dan terdiri daripada beberapa ahli panel iaitu Puan Hajah Munah binti Haji Nasri (Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan), En. Anzari bin Mohd Daud (PP CESS) dan En. Fringco John Wayne @ Firdaus John Abdullah (Focal Person PPD Sandakan/Pengerusi PIBKS Sandakan).
Harapan agar program ini berjaya mencapai objektif utamanya kearah memberi kefahaman dan kesedaran terhadap STEM di negeri ini khususnya keperluan dalam mendepani cabaran ekonomi semasa dan mendatang.
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan