15 Julai 2023 | Sabtu - Yang Berhormat Tuan Teknologis Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia pada telah merasmikan Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian dan Perasmian Akademi Daikin bertempat di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan, Sabah.
Memorandum Perjanjian ini adalah bagi kerjasama antara JTM dengan syarikat Daikin Malaysia Sdn Bhd (DAMA) dalam pelaksanaan program Air-Conditioner Certified Technician (ACCT) iaitu sebuah program persijilan yang direka khusus bertujuan untuk meningkatkan kekompetenan dan kemahiran para peserta dalam mengendalikan alat penyaman udara khususnya produk-produk keluaran DAMA iaitu jenama Daikin dan Acson.
Kerjasama ini telah bermula sejak tahun 2019 di 2 ILJTM iaitu ILP Kuala Lumpur dan ADTEC Shah Alam. Kini ianya telah berkembang ke 8 buah ILJTM lagi iaitu ILP Kepala Batas, ILP Ipoh, ADTEC Melaka, ADTEC Batu Pahat, ADTEC Kemaman, ILP Kota Bharu, ILP Kota Samarahan dan ILP Sandakan.
Selain daripada majlis pertukaran dokumen, YB Timbalan Menteri Sumber Manusia juga melakukan lawatan ke Akademi Daikin ILP Sandakan dan Karnival Kerjaya PERKESO di Dewan Besar ILP Sandakan.
Tonton rakaman livestream melalui pautan dibawah:
https://fb.watch/lQHP-3z-BZ/
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan