msen

29 Jun 2023 | Khamis - Ibadah korban yang telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam sebagai cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah ini dilakukan umat Islam di seluruh dunia apabila tibanya Aidiladha atau Hari Raya Korban pada 10 Zulhijah.

Pihak institut juga tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban melalui JK Masjid Al Biruni ILP Sandakan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Solat Raya Aidiladha, penyembelihan binatang korban dan gotong royong memasak.

Selain itu, agihan daging turut diberikan kepada fakir miskin pada komuniti setempat berhampiran institut.

Terima kasih diucapkan kepada semua individu yang hadir bersama sama menyertai aktiviti program Hari Raya Aidiladha di Masjid Al Biruni ILP Sandakan.

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan kesihatan yang baik kepada kita semua untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun hadapan.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. 😊

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures