msen

20 Jun 2023 | Selasa - Pihak NIOSH Wilayah Sabah dan W. P. Labuan telah mengadakan 'NIOSH 8th Borneo Conference & Exhibition On Occupational Safety & Health' atau BOSH 2023 pada 20 - 21 Jun 2023 di SICC Kota Kinabalu.

Ianya bertujuan bagi bersama sama mentransformasikan negeri Sabah kearah berdaya tahan dan mampu bersaing dalam pembangunan tanpa mengabaikan aspek keselamatan yang merupakan elemen utama dalam proses globalisasi.

Pihak ILP Sandakan tidak ketinggalan dalam menyertai program tersebut iaitu sebagai salah satu agensi rakan kongsi pameran. Institut telah diwakili oleh Ts. En. Suhaidi Bin Mustar (Timbalan Pengarah Latihan, En. Mohd Hakimin Bin Mohd Hussin (Ketua Bahagian TPPU) dan En. Azbullah Bin Abdul Rani (Pegawai BKKL) selaku pemudah cara bagi menyampaikan informasi berkaitan peluang peningkatan kemahiran di ILP Sandakan.

Majlis perasmian program tersebut juga telah disempurnakan oleh YB Tuan Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Wakil agensi dan para peserta yang hadir berpeluang untuk beramah mesra dengan YBTM yang begitu prihatin dan menitikberatkan isu pembangunan di negeri Sabah secara khususnya.

Semoga dengan usaha sama sedemikian akan mampu membawa negeri Sabah menjadi negeri yang mampan dan berdaya maju seiring dengan slogan Sabah Maju Jaya.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures