msen

20 JUN 2023 | Selasa - ILP Sandakan telah menjalankan sesi lawatan ke Honda Wee Maju Sabah Sdn. Bhd. Program tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan industri khususnya bidang automotif.

Seramai 26 pelajar Semester 2 Bidang Teknologi Automotif dan 5 orang pegawai pengiring yang diketuai oleh Pn. Haslinda Binti Bohari; Ketua Bahagian Teknologi Automotif, telah menyertai lawatan tersebut. Rombongan tersebut disambut mesra oleh Pn. Velensia Japrin, Service Manager Honda Weemaju Sabah Sdn. Bhd.

Lawatan pendedahan industri seperti ini merupakan sebahagian daripada kurikulum latihan bagi memberi pendedahan awal berkenaan industri yang dipelajari sebagai motivasi dan memupuk minat pelajar mendalami bidang teknologi yang semakin berkembang maju.

Melalui program ini, pelajar dapat berinteraksi dan mendengar taklimat mengenai peluang-peluang kerjaya yang terdapat dalam industri automotif yang pelajar boleh ceburi selepas tamat pengajian.

Selain itu, para pelajar juga telah berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi setiap bahagian-bahagian yang terdapat pada Pusat Servis Honda yang menawarkan perkhidmatan 3S (Sales, Service, and Spare Parts) dan proses penyelenggaraan kereta Honda ketika dibawa melawat ke pusat servis.

Semoga dengan terlaksananya program lawatan seperti ini dapat menambahkan pengetahuan dan memberi pendedahan industri kepada pelajar ILP Sandakan.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures