msen

8 Jun 2023 | Jumaat - Pihak ILP Sandakan telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar dari SMK Simpangan Paitan, Beluran yang terdiri dari pelajar dan barisan guru pengiring seramai 33 orang.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk memberikan pendedahan dan mempromosikan pendidikan TVET kepada pihak sekolah khusus pelajar bakal lepasan SPM yang hadir. Pihak SMK Simpangan Paitan Beluran berpeluang untuk melihat demonstrasi pelaksanaan pembelajaran TVET di Bahagian Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara dan Bahagian Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas).

Selain itu, pihak Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) yang diwakili oleh Encik Ibrahim Bin Lamusa bagi menyampaikan taklimat pengenalan berkenaan ILP Sandakan serta cara-cara menyertai ILP Sandakan sebagai platform untuk mendalami pendidikan aliran TVET.

Program lawatan ini telah mendapat sokongan dan respon yang baik dari kedua-dua pihak serta mencapai objektif yang telah disasarkan.

Semoga program seperti ini lebih giat dijalankan dan mampu memberi impak positif mempromosikan pendidikan aliran TVET khususnya di ILP Sandakan kepada masyarakat setempat di negeri Sabah.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures