msen

2 Disember 2022 | Jumaat | Lawatan Sambil Belajar SMK Balung Tawau

Pihak ILP Sandakan telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar dari SMK Balung Tawau yang terdiri dari pelajar dan barisan guru pengiring seramai 45 orang.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk memberikan pendedahan dan mempromosikan pendidikan TVET kepada pihak sekolah khusus pelajar bakal lepasan SPM yang hadir. Pihak SMK Balung berpeluang untuk melihat demonstrasi pelaksanaan pembelajaran TVET di Bahagian Teknologi Telekomunikasi dan Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian.

Selain itu, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) serta Community Employability Support Service (CESS) menyampaikan taklimat pengenalan berkenaan ILP Sandakan serta cara-cara menyertai ILP Sandakan sebagai platform untuk mendalami pendidikan aliran TVET.

Program lawatan ini telah mendapat sokongan dan respon yang baik dari kedua-dua pihak serta mencapai objektif yang telah disasarkan. Semoga program seperti ini lebih giat dijalankan dan mampu memberi impak positif mempromosikan pendidikan aliran TVET khususnya di ILP Sandakan kepada masyarakat setempat di negeri Sabah.

"𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏"

#ILP #lifelonglearning #SkillsMalaysia #Skills4All
#ilpsandakan #tvetmalaysia #TVET #ILJTM

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures