msen
4 Disember 2022 | Ahad | Program Kolaborasi ILP Sandakan Bersama Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Sandakan dan Pertubuhan Komuniti Al-Kisaei Sandakan - Klinik Tajwid Siri 1.0
Ungkapan โ€œILP Sandakan memasyarakatkan TVETโ€ sinonim dengan hala tuju pengurusan institut kearah memperkasa jalinan komuniti tanpa membataskan ilmu kemahiran semata-mata. Program pembangunan modal insan melalui penganjuran aktiviti kerohanian juga dititikberatkan agar mencerminkan pembangunan yang seimbang berpaksikan dasar pembangunan negara.
Baru-baru ini, satu program pengajian Al-Quran telah dilangsungkan bersama warga ILP Sandakan dan komuniti setempat sebagai usaha memberi kesedaran kepada masyarakat muslim setempat tentang kefarduan memperelokkan bacaan Al-Quran agar selari dengan tuntutan islam. Program anjuran ISMA Sandakan dan Pertubuhan Komuniti Al-Kisaei Sandakan dengan kerjasama ILP Sandakan ini berjaya menghimpunkan peserta seramai lebih 200 orang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang kerjaya.
Pengisisan program yang berlangsung selama setengah hari itu telah disampaikan oleh Ustaz Mahadir Amboala (Pengerusi Pertubuhan Komuniti Al-Kisaei Sandakan) merangkumi topik asas ilmu tajwid, huruf-huruf hijaiyyah, sifat dan makhraj huruf dan talaqqi beberapa surah lazim dalam Al-Quran. Dalam kesempatan itu, pihak penganjur juga telah melancarkan Kempen Sifar Buta Quran dengan memberi penghormatan kepada En. Suhaidi Mustar (Timbalan Pengarah Latihan) selaku Pengerusi (memangku) Masjid Al-Biruni ILP Sandakan, merasmikan pelancaran program tersebut yang turut diiringi oleh Ustaz Muhammad Nur Selamit selaku YDP ISMA Cawangan Sandakan.
Semoga program sulung ini menjadi pencetus kepada kelangsungan kolaborasi antara institut dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini kearah melahirkan generasi berwawasan yang komprehensif dengan pakej โ€œberilmu, berkemahiran dan berkeperibadian terpujiโ€.
"๐˜ฝ๐™š ๐™„๐™ฃ๐™จ๐™ฅ๐™ž๐™ง๐™š๐™™, ๐˜ฝ๐™š ๐™€๐™ญ๐™ฉ๐™ง๐™–๐™ค๐™ง๐™™๐™ž๐™ฃ๐™–๐™ง๐™ฎ, ๐˜ฝ๐™š ๐™’๐™ค๐™ง๐™ก๐™™ ๐˜พ๐™ก๐™–๐™จ๐™จ ๐™’๐™ž๐™ฉ๐™ ๐™๐™‘๐™€๐™"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures