msen
Kursus SICW merupakan kursus yang wajib disertai oleh pekerja kontraktor binaan di bawah seliaan pihak CIDB bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja binaan. Ianya juga merupakan salah satu inisiatif CIDB bagi menyampaikan kesedaran berkenaan kebajikan pekerja binaan, serta mengurangkan kadar kemalangan di tapak pembinaan.
Seramai hampir 80 orang pekerja industri daripada sektor kejuruteraan iaitu Teknologi Kimpalan dan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara telah menghadiri kursus yang dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan tersebut. Kursus yang berlangsung selama dua hari itu dianjurkan oleh ILP Sandakan (Bahagian CESS & Bahagian Teknologi Kimpalan) dan dikendalikan oleh pihak konsultan bertauliah CIDB iaitu Cik Saina Omar serta turut dijayakan oleh beberapa urus setia (pengajar) program daripada bahagian Teknologi Kimpalan dan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.
Semoga program yang dilaksanakan ini berjaya mencapai objektif utamanya iaitu memberi kesedaran kepada peserta agar mampu menghadam teras utama intipati kursus SICW iaitu prioriti terhadap faktor keselamatan dalam pekerjaan kerana pengabaian aspek keselamatan pasti akan mengundang risiko kemalangan sekaligus merugikan individu, majikan, sektor industri dan negara.

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures