Modul Hak Pekerja merupakan program yang wajib disertai oleh semua pelajar di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dan tidak terkecuali pelajar ILP Sandakan. Inisiatif ILJTM ini amat signifikan bertujuan memberi maklumat yang jelas kepada bakal graduasi berhubung situasi alam pekerjaan sebenar khususnya agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia seperti PERKESO, JTK dan JHEKS. Persediaan dari sudut ilmu pengkhususan bidang semata-mata masih belum memadai dan perlu diperkasa lagi dengan pengetahuan semasa yang berkaitan dengan pekerjaan seperti undang-undang & peraturan dan peranan agensi berkaitan pekerjaan di negara ini.
Sehubungan dengan itu, Bahagian CESS ILP Sandakan telah menganjurkan program Modul Hak Pekerja dengan menjemput pegawai daripada Pejabat Tenaga Kerja Sandakan dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sabah iaitu Puan Fadilah Syahirah Binti Jurup (Penolong Pengarah Tenaga Kerja Sandakan) dan Encik Deby Rustman Matimpan (Penolong Pengarah Kanan, JHEKS Sabah) untuk menyampaikan ceramah. Manakala slot disebelah petang pula iaitu Taklimat Latihan Industri telah disampaikan oleh pegawai CESS iaitu Encik Zainol Ghazali dan Encik Billy Anak Rejap. Seramai hampir 120 orang pelajar semester akhir terlibat dalam program ini iaitu terdiri daripada pelajar bahagian Teknologi Automotif, Teknologi Komputer Rangkaian, Teknologi Telekomunikasi, Teknologi Elektrik dan Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.
Semoga strategi khusus yang telah dirangka oleh pengurusan ILJTM ini kepada pelajar semester akhir mampu menjadi pelengkap kepada elemen pengetahuan semasa selain pengetahuan kemahiran khusus yang dipelajari sekaligus menjadi nilai tambah kepada pelajar setelah bergraduasi kelak.