msen
Pihak ILP Sandakan dengan kerjasama Unit Transfusi Darah HDOK Sandakan telah berkolaborasi untuk mengadakan Kempen Derma Darah di institut yang bertempat di Dewan Besar ILP Sandakan.
Seramai hampir 70 kakitangan dan pelajar telah menyertai kempen tersebut dan bersama sama menyahut seruan KKM untuk bekerjasama memberi sokongan dan dorongan kepada insan yang memerlukan.
Semoga program ini akan diteruskan di masa hadapan bagi memenuhi keperluan pesakit yang memerlukan darah dan seterusnya mengurangkan masalah kekurangan bekalan darah khususnya di Sandakan.
Syabas kepada semua pihak yang menjayakan program ini!
Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class with TVET

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures