Telekomunikasi

Pengenalan :

Mempelajari asas telekomunikasi dan teknik-teknik yang diperlukan untuk memasang, menguji dan membaikpulih sistem common carrier (multiplex, radio dan microwave), sistem suis Ibusawat Telefon, sistem PABX, mobile radio, Global System Mobile dan lain-lain di samping mempelajari bidang elektrik, elektronik dan mengendalikan peralatan moden dalam mengesan dan membaiki kerosakan.

Objektif Latihan

a. Untuk mengeluarkan lulusan yang mahir bagi pihak industri dalam bidang telekomunikasi
b. Membentuk kerjasama yang baik dengan pihak industri dan bidang kemahiran bagi meningkatkan kualiti.

Prospek Kerjaya

Lepasan kursus ini boleh melakukan kerja pemasangan, pengujian membaikpulih peralatan telekomunikasi. Berkeupayaan melakukan kerja sendiri seperti memasang dan menguji peralatan bunyi & video, komputer dan peralatan elektronik. Para pelajar bagi lepasan kursus ini juga boleh menjawat jawatan sebagai Pembantu Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan dan Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan.