Bahagian Pengurusan Pelajar Dan Latihan

Ojektif

Unit Pengurusan Latihan ILP Sandakan memainkan peranan penting dalam melancarkan segala program latihan kemahiran ILP Sandakan bagi menyokong permintaan yang banyak dari industri swasta dan amnya dari sektor awam. Sehubungan dengan itu, Unit Pengurusan Latihan mempunyai beberapa tujuan bagi memantapkan aktivitinya selaras dengan perkembangan sektor latihan kemahiran negara.

Fungsi Unit Pengurus Latihan

1. Unit ini berperanan mengawal selia kesemua perlaksanaan program Latihan ILP Sandakan
2. Menyelaras dan mengendalikan urusan pengambilan, rekod dan mengemaskini maklumat pelajar.
3. Mengenalpasti bagi pihak pelajar peluang-peluang pekerjaan di Industri.
4. Menyelia dan memastikan kebajikan, penempatan dan memantau disiplin pelajar terkawal.
5. Mengurus hal ehwal promosi Institut di agensi-agensi awam atau swasta, media-media cetak dan elektronik melalui Jawatankuasa promosi.Menguruskan penempatan dan Lawatan OJT pelajar.
6. Menyediakan khidmat bimbingan Kerjaya dan Kaunseling.
7. Menyediakan Khidmat Rundingan, keperluan Latihan dan Kalendar Latihan.
8. Mengurus segala aktiviti Kemasyarakatan.
9. Menyelaras dan menyelia kegiatan Ko-Kurikulum pelajar.
10. Menyelaras aktiviti Konvokesyen pelajar.