Kimpalan Arka Dan Gas

Pengenalan :

Pelajar akan didedahkan dengan kaedah melakukan kimpalan dengan mengambil kira ciri ciri keselamatan. Pelajar akan mempelajari pemotongan dengan kaedah plasma dan membuat kimpalan jenis arka dan gas. Pelajar juga akan membuat kimpalan ke atas logam dari logam logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol dan lukisan cetakan biru, menguji sambungan kimpalan dengan cara membedah, membengkok dan merenggang logam.

Objektif Latihan

a. Memahami langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kimpalan.
b. Dapat membaca dan mengenali simbol- simbol, seterusnya melukis ‘technical drawing’.
c. Memberi pengetahuan dan latihan amali kepada pelajar tentang proses proses kimpalan yang biasa digunakan untuk industri melalui latihan yang bersistematik.

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam ,loji pemasangan mesin dan jentera,industri perabot,peralatan logam dan kerja kerja struktur pembinaan.Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak.bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor,alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian atau menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.
Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat SKM tahap 3 dan 4 ( setaraf diploma ) dan tahap 5 ( setaraf ijazah ) di institut-institut kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI, MFI Dan IKTBN.