msen

Bencana wabak virus Corona (COVID-19) yang terjadi di Malaysia khasnya dan dunia am nya semakin membimbangkan masyarakat yang mana telah memberikan kesan yang sangat besar terhadap semua sektor, terutama kepada faktor-faktor yang menjurus kepada kegawatan ekonomi.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 adalah tindakan pantas yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam mengatasi masalah penularan wabak COVID-19 ini menjadi lebih parah.

Sempena PKPP ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan untuk membuka semula sektor pendidikan bermula 24 Jun 2020. Sehubungan itu, Bengkel Teknologi Kimpalan Institut Latihan Perindustrian Sandakan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan program Khidmat Komuniti Pasca Covid-19 dalam membantu sektor pendidikan mengatasi masalah penularan wabak COVID-19 ini.

Pasukan CSR Bengkel Teknologi Kimpalan ILP Sandakan yang terdiri daripada En. Ahmad Redzuan Bin Abu Bakar, En. Johannes Belili, En. Thradruhe Debby Benjamin dan En. Hazari Bin Mokmin telah melancarkan projek fasa 1 iaitu menghasilkan 15 unit 'Mobile Stand Hand Sanitizer' bagi kegunaan sekolah-sekolah di sekitar Sandakan. Projek ini dilaksanakan selama 5 hari bermula 22 Jun 2020 dan berakhir pada 26 Jun 2020. Kesemua unit yang dihasilkan akan diagihkan berdasarkan kepada permohonan yang dimajukan kepada pihak ILP Sandakan.

Disamping melestarikan pendidikan kemahiran kepada masyarakat dan belia, sumbangan khidmat masyarakat ini juga di harap mampu membantu masyarakat setempat dalam mematuhi norma baru dalam menghentikan penyebaran virus COVID-19 ini.

Syabas Bengkel Teknologi Kimpalan!

"PENERAJU DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR NEGARA"

Empowering Skills, Igniting Futures