Pelbagai Info terkini Institut disediakan untuk anda layari

Pertamanya saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua para pengunjung di atas kesudian meluangkan masa melayari laman web rasmi Institut Latihan Perindustrian Sandakan www.ilpsdk.gov.my.

Laman web ini diwujudkan antara lain adalah sebagai sumber rujukan dalam penyampaian maklumat yang cepat dan tepat kepada para pengunjung mengenai kursus-kursus yang telah dirancangkan kepada para pelajar yang terdiri daripada mereka yang terlibat dengan bidang kemahiran Elektrikal, Mekanikal serta Teknologi Maklumat di Malaysia. Harapan saya adalah supaya informasi yang dimuatkan di dalam laman web rasmi ini akan membantu para pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang terkini yang diperlukan, terutamanya bagi pemilihan program latihan mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing.

Adalah diharapkan kakitangan kerajaan, orang awam, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan berkanun dapat memanfaatkan laman web rasmi ini bagi memilih kursus mengikut kesesuaian jabatan masing-masing dengan membuat permohonan secara bertulis ataupun memohon kursus atas talian (online) dengan kewujudan email, TMS, eMaklum, 1MTC link dan laman web rasmi ILP Sandakan yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Terkini, pengurusan aset ILP Sandakan juga boleh dibuat secara online menerusi aplikasi baharu yang dibangunkan di google play iaitu SMS2.

Insya-Allah dengan program latihan yang terancang, ILP Sandakan dapat merealisasikan visi dan misi untuk memaju dan membangunkan modal insan serta mewujudkan masyarakat berkemahiran dan kompeten dalam bidang-bidang Elektrikal, Mekanikal dan Teknologi Maklumat yang berkaitan melalui program latihan yang komperehensif, sistematik dan berkualiti serta penyediaan bahan rujukan yang berkaitan untuk masyarakat umum.

HAJI KHAIRUL ANUAR BIN HAJI DENI
Pengarah ILP Sandakan

21 JULAI 2017