Objektif Bahagian

Memastikan objektif Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM),ILP Sandakan tercapai dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan seperti perpustakaan serta kemudahan ICT & Multimedia bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perubahan teknologi semasa.

Fungsi

Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:

  • Mengurus peminjaman dan pemulangan bahan bacaan.
  • Mengurus dan memantau perolehan bahan bacaan.
  • Mengendalikan penyelenggaraan Infrastruktur & Sistem ICT.
  • Mengurus Harta Modal dan Inventori.
  • Operasi Penyelenggaraan Berjadual Peralatan ICT di Makmal/Pejabat/ Bilik Server.
  • Merancang dan melaksanakan Kursus Customized/Modular untuk meningkatkan kemahiran celik ICT di kalangan kakitangan institut.
  • Mengurus dan menyelaras Subjek Umum serta kakitangan PSH.
  • Menjadi penyelaras program Strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS).