ILPSDK KURSUS

Kursus - kursus yang ditawarkan

Pengenalan

Melatih Personel bagi Operasi membentuk Struktur keluli Tahap 3 untuk mentafsir Lukisan Kejuruteraan berasaskan struktur fabrikasi, Mengenalpasti dan menyediakan alatan yang diperlukan, melakukan proses-proses kerja seperti penandaan, memotong, memesin, membentuk dan memasang beberapa struktur logam kepada struktur akhir yang diperlukan bagi memenuhi keperluan projek dan kualiti yang telah ditetapkan.

 

Objektif Latihan

Menyediakan tenaga mahir yang kompeten kepada industri dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kerja yang berbeza-beza, kompleks dan bukan rutin. Tenaga mahir yang dilatih mestilah berupaya untuk mentafsir dan mendapatkan maklumat dari lukisan kejuruteraan, mengawal dan mengendalikan proses pembuatan dan alatan yang khusus, mengawalselia dan memeriksa peralatan, struktur dan bahan yang digunakan.

 

Prospek Kerjaya

Lepasan kursus ini berupaya dilantik sebagai Juruteknik operasi Fabrikasi Struktur Logam bagi memenuhi keperluan-keperluan pekerja mahir di sektor Minyak, Gas dan industri Petrokimia di dalam dan luar Negara yang semakin berkembang pesat. Aktiviti pengeluaran di dalam industri Minyak, gas dan Petrokimia memerlukan tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan dan berupaya untuk bekerja dalam sektor yang berbeza-beza.

Selain industri minyak dan gas yang menawarkan peluang pekerjaan, terdapat peluang-peluang yang lebih terbuka di industri seperti usahawan, fabrikasi struktur pembinaan, fabrikasi struktur kapal dan pemeriksa struktur dan kualiti kimpalan.

 

 

Pegawai & Kakitangan

 

AHMAD REDZUAN BIN ABU BAKAR

KETUA BAHAGIAN, PLV DV41

Tel: 089-240500 (2302)

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

ZAKARIA BIN SULAIMAN

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL, PPLV DV38

Tel: 089-240500 (2305)

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

ASRIYANI BINTI SERAILA

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL, PPLV DV29

Tel: 089-240500 (2306)

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pin It
Real time web analytics, Heat map tracking

Hubungi Kami Sekarang

Call Us
+6(089)-240-500
Fax
+6(089)-240-555
Email
ilpsdk@jtm.gov.my