ILPSDK KURSUS

Kursus - kursus yang ditawarkan

Pengenalan

Dalam kursus ini, pelajar-pelajar  akan didedahkan dan dilatih dengan pelbagai  proses kimpalan yang  mengambilkira ciri-ciri keselamatan semasa proses kimpalan dijalankan. Pelajar juga didedahkan dengan  pelbagai kaedah pemotongan logam serta membuat kimpalan ke atas logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol kimpalan dan lukisan cetakan biru (blue print), menguji sambungan kimpalan dengan pelbagai cara seperti membedah, membengkok dan merenggang logam serta dapat mengenal pasti jenis kecacatan proses kimpalan.

 

Objektif Latihan

  • Pelajar memahami langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambilsemasa melakukan proses kimpalan.
  • Pelajar dapat membaca dan mengenali simbol-simbol lukisan termasuk  simbol proses kimpalan dan menghasilkan lukisan teknikal.
  • Pelajar boleh mengimpal dengan pelbagai proses kimpalan dan jenis logam berlainan.
  • Pelajar boleh mengenalpasti jenis kecacatan proses kimpalan serta boleh menguji sambungan kimpalan dengan proses yang bersesuaian.

  

PROSPEK KERJAYA

Pelajar lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai jurukimpal arka dan gas di syarikat-syarikat berkaitan industri minyak dan gas, industri perkapalan, industri pembinaan dan infrastruktur, industri automotif, industri kuasa, industri aeroangkasa dan lain-lain perkerjaan  berkaitan dalam bidang kimpalan arka dan gas termasuk sebagai seorang peniaga atau  usahawan.

 

 

Pegawai & Kakitangan

 

ANWAR BIN JUSOH

KETUA BAHAGIAN, PLV DV44

Tel: 089-240500 (2406)

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

JAMLUDIN BIN ASSAT

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL, PLV DV36

Tel: 089-240500 (2406)

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

JOHANNES BELILI

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL, PLV DV29

Tel: 089-240500 (2405)

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MOHD NUR FITRI BIN JAMIL

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL, PLV DV29

Tel: 089-240500 (2405)

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pin It
Real time web analytics, Heat map tracking

Hubungi Kami Sekarang

Call Us
+6(089)-240-500
Fax
+6(089)-240-555
Email
ilpsdk@jtm.gov.my