msen

Pengurusan Tertinggi ILP Sandakan telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Penyerahan Sijil Puncak Kinabalu 2020 kepada kakitangan institut yang telah menjayakan misi serta mengibarkan jalur gemilang di puncak Gunung Kinabalu serta pada 31 Ogos - 1 September 2020 sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-63 ??. Sesi penyerahan disempurnakan oleh Pengarah ILP Sandakan; Tn. Hj. Mohd Raris bin Mohamed Yusof, diiringi Timbalan Pengarah (Latihan); En. Anwar bin Jusoh dan Timbalan Pengarah (Operasi); En. Suhaidi bin Mustar. Seramai 6 kakitangan institut yang terlibat dalam misi menawan puncak Gunung Kinabalu iaitu Tn. Hj. Mohd Raris bin Mohamed Yusof (Pengarah), Cik Noor Azila binti Zamani (PP BKKL), En. Hisham bin Hasan (KB TKT), Pn. Nor Azmiza binti Jusoh (KB PPU), En. Silvester bin Lawai (Pengajar PPU) dan En. Mohd Azlan bin Abd Rahman (Pengajar TKT). Anda memang hebat! Syabas dan tahniah diucapkan! ??

"PENERAJU DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR NEGARA"

Empowering Skills, Igniting Futures