msen

Selaras arahan daripada Perdana Menteri Malaysia , satu perhimpunan khas dilaksanakan bertujuan untuk memberi penerangan dan arahan sewajarnya kepada warga ILP Sandakan pada pagi tadi jam 1015am. Penerangan diberikan oleh Pengarah ILP Sandakan, Tn Hj Mohd Raris bin Mohamed Yusof. Pelajar adalah diberikan perlepasan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bermula jam 1.00 pm hari ini. Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula dari 18032020 sehingga 31032020. Pelajar akan mula kembali ke Institut pada 1hb April 2020 sekiranya tiada lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan. Pihak institut berharap semua pelajar sentiasa mengikut arahan berada dirumah sepanjang tempoh tersebut bagi mengelakkan penularan wabak Covic-19. Kakitangan ILP diarahkan untuk bersiap sedia sekiranya dipanggil ke Institut pada bila-bila masa.

"PENERAJU DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR NEGARA"

Empowering Skills, Igniting Futures