msen

Jawatankuasa Masjid Al-Biruni dengan kerjasama kakitangan ILP Sandakan telah bersama-sama berganding bahu untuk menjayakan Program Sumbangan Bakul Makanan kepada para pelajar ILP Sandakan yang terkesan semasa PKPB yang sedang dikuatkuasakan di kawasan Sandakan. Sesi penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah ILP Sandakan merangkap Pengerusi JK Masjid Al-Biruni, Tn. Hj. Mohd Raris bin Mohamed Yusof diiringi Timbalan Pengarah (L), En. Anwar bin Jusoh serta barisan Ahli JK Masjid Al-Biruni. Dana sumbangan adalah ehsan dari kalangan kakitangan dan ahli keluarga ILP Sandakan serta kakitangan CIAST Sandakan. Seramai 45 orang pelajar dari pelbagai bangsa dan agama telah menerima sumbangan tersebut bagi membantu pelajar dalam tempoh PKPB ini. Semoga dengan sumbangan tersebut akan membantu meringan sedikit beban pelajar dan keluarga pelajar yang terkesan. Syabas kepada semua kakitangan ILP Sandakan dan JK Masjid Al-Biruni yang bersama-sama menjayakan Program Sumbangan Bakul Makanan!

"PENERAJU DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR NEGARA"

Empowering Skills, Igniting Futures