msen

9 Jun 2022 | Khamis | Program Derma Darah bersama Hospital Duchess of Kent
ILP Sandakan dengan kerjasama Hospital Duchess of Kent telah mengadakan Program Derma Darah di institut sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan khususnya di daerah Sandakan.
Para kakitangan dan pelajar ILP Sandakan telah mengambil peluang untuk menderma darah bagi mengurangkan masalah kekurangan bekalan darah serta memberi bantuan kepada para pesakit yang memerlukan.
Syabas kepada semua penderma darah!

"PENERAJU DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR NEGARA"

Empowering Skills, Igniting Futures