msen

16 Mac 2022 | Rabu – Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara ILP Sandakan dengan lapan (8) buah syarikat Kontraktor Telekomunikasi Sabah akan dilaksanakan pada 30 Mac 2022 (Rabu). Antara syarikat yang terlibat dalam MoC tersebut ialah syarikat Myrcom Sdn Bhd, Rasmart Sdn Bhd, Yaza Communication Sdn Bhd, KK Unik Sdn Bhd, Usaha Khidmat Sdn Bhd, Taisah Teguh Engineering Sdn Bhd, Femac Engineering Sdn Bhd dan YY Empire Sdn Bhd.

Sehubungan dengan itu, satu taklimat berhubung perkara tersebut telah disampaikan sendiri oleh Pengarah ILP Sandakan, Tuan Hj Mohd Raris Mohamed Yusof bertempat di premis syarikat Myrcom Sdn Bhd di Kota Kinabalu. Turut sama mengiringi pengarah dalam sesi taklimat tersebut ialah En. Suhaidi Mustar (TPO) dan En. Anzari Mohd Daud (PP CESS). Semua wakil syarikat terdiri daripada Pengarah dan Pengurus Syarikat hadir dalam sesi berkenaan.

Tujuan taklimat berkenaan adalah bagi memberi penerangan secara terperinci perjalanan majlis MoC selama sehari yang akan dilangsungkan di Dewan Kuliah Utama ILP Sandakan. Difahamkan bahawa majlis tersebut juga akan turut disaksikan oleh Pengurus Besar Negeri TM Sabah dan beberapa agensi kerajaan sekitarnya.

"PENERAJU DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR NEGARA"

Empowering Skills, Igniting Futures