msen

21 April 2022, Khamis – Seramai 5 orang delegasi daripada pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Sabah diketuai oleh En. Muhamad Nur Selamit selaku Yang Di-Pertua ISMA Sandakan bersama En. Yusuf Yoda, wakil daripada Yayasan Mercy (Sandakan) telah berkunjung ke ILP Sandakan bertemu dengan pihak pengurusan bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalinkan kearah pemerkasaan modal insan dan penerapan program kemasyarakatan dan sosial dikalangan warga institut.

ISMA merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat. Di dalam organisasi ISMA terdapat beberapa Biro dan Agensi yang berperanan menjadi penggerak kepada progam yang dilaksanakan oleh pertubuhan seperti aktiviti ceramah, khidmat sosial, program wanita, sukan & rekreasi, kesukarelaan dan banyak lagi.

Perbincangan bersama pihak NGO ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Raris Mohamed Yusof selaku Pengarah ILP Sandakan turut disertai En. Anwar Jusoh (TPL), En. Suhaidi Mustar (TPO), PP BKKL, PP BPPL, PP CESS serta beberapa orang pegawai daripada Bahagian BKKL, BPPL dan CESS.

Perkara yang dibincangkan adalah memfokuskan kepada program khidmat komuniti yang dilaksanakan oleh pihak ILP Sandakan dengan kerjasama ISMA. Ini adalah bertujuan bagi melancarkan proses pelaksanaan program khususnya aspek perhubungan dengan komuniti yang disasarkan, aspek keselamatan serta kemudahan logistik dan pengangkutan. Seperti sedia maklum, pihak ISMA merupakan pertubuhan NGO yang mempunyai hubungan (networking) yang akrab dengan komuniti setempat dan beberapa agensi (kerajaan & NGO) berkenaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program komuniti. Selain itu, pengalaman ISMA juga dalam mengendalikan program sedemikian mampu memberi garis panduan kepada pihak institut dalam merangka aktiviti yang dirancang.

Harapan kedua-dua pihak agar perbincangan ini berjaya direalisasikan bagi mencapai visi dan misi organisasi masing-masing kearah pembangunan Keluarga Malaysia yang mapan selari dengan visi pembangunan negara.

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures