ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

Pada 17 Julai 2018 ILP Sandakan dengan kerjasama NGO Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur telah mengadakan taklimat kesedaran pencegahan kebakaran kepada kakitangan ILP Sandakan. Menurut penceramah yang disampaikan oleh Cik Brenda dari wakil NGO mengatakan bahawa kesedaran rakyat Malaysia berkenaan percegahan kebakaran amat lemah jika dibandingan dengan negara-negara lain seperti Amerika dan Jepun. Taklimat yang berlangsung selama sejam bermula dari 10.00 pagi itu banyak memberi manfaat terutama berkenaan kepentingan menyediakan alat-alat pencegahan kebakaran di rumah, pejabat dan kereta.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM) dan Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR) telah berjaya melaksanakan “Program Khas Kemahiran ICT untuk Orang Kurang Upaya (OKU)-Computer System Setup Course for Blind Person <70% kolaborasi bersama Komplek Penyayang Taman Cahaya Sungai Manila, Sandakan Sabah”. Program ini berlangsung selama 4 hari dan disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada golongan cacat penglihatan. Sekalung penghargaan diberikan kepada tenaga pakar ICT (Encik Azbullah bin Abdul Rani, Encik Mohd Fairoz bin Abd. Rahman dan Encik Kairul Nizam bin Yahya) serta fasilitator yang terdiri daripada pelajar TKR Semester 2 yang telah sedaya upaya memastikan kursus ini berjalan lancar. Program ini juga telah dirasmikan oleh Encik Awang Yusof Bin Awang Damit Ketua Jabatan 1, ILP Sandakan yang turut dihadiri oleh Encik Rahmat Iskandar Bin Ibrahim, Penolong Pengurus Komplek Penyayang Taman Cahaya Sungai Manila serta urusetia jawatankuasa program pada 19hb April 2018. Selain itu, pihak institut merakamkan ucapan terima kasih kepada ZBN Group Holding Sdn. Bhd kerana sudi menaja makan minum peserta sepanjang kursus diadakan. Adalah diharapkan agar program seumpama ini akan terus dilaksanakan agar kemahiran ICT dalam kalangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dapat ditingkatkan sejajar dengan trend teknologi masa masa kini.

24 APRIL 2018 – Satu seminar hasil kerjasama CoSE ILP Kepala Batas (Jabatan Tenaga Manusia) dengan pihak Acson Malaysia telah berlangsung satu seminar bertajuk Sistem Inverter. Seminar yang diadakan di Dewan Kuliah Utama (DKU) ILP Sandakan ini dihadiri oleh 50 orang peserta industri dan 45 orang pelajar Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (TPPU) ILP Sandakan yang terdiri daripada 13 orang pelajar semester 4 dan 32 orang pelajar semester 2. Antara objektif seminar ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada umum mengenai penggunaan sistem inverter di dalam sistem penyaman udara yang baru di pasaran kerana berlaku banyak salah tanggapan umum terhadap sistem ini. Semoga dengan seminar ini semua yang hadir faham bagaimana sistem inverter berfungsi dalam sistem penyaman udara dan tidak berlaku lagi salah fahaman. Melalui seminar ini juga, dapat membentuk hubungan yang erat dan harmoni antara ILP Sandakan dengan Acson Malaysia serta pihak industri yang hadir dan secara tidak langsung dapat memperluas jaringan kerjasama antara semua.

2 & 3 APRIL 2018 – Berlokasi di SMK Elopura Bestari Sandakan dan SMK Merpati Sandakan telah berlangsungnya Program Kembara Ilmu bengkel TKR dan TKT semester 1/2018 anjuran BPSM ILP Sandakan. Seramai 14 orang pelajar bengkel TKR dan 19 orang pelajar bengkel TKT serta 1 orang pensyarah telah menyertai program tersebut. Antara objektif program tersebut adalah untuk membentuk hubungan yang erat dan harmoni antara Institut Latihan Perindustrian Sandakan, SMK Elopura Bestari serta SMK Merpati dan secara tidak langsung dapat memperluas jaringan kerjasama.  

Real time web analytics, Heat map tracking

Pelawat Dalam Talian

We have 13 guests and no members online