ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

09 September 2017 – Kursus Separuh Masa Computer Network Setup & Server Installation & Configuration & Fiber Optic Cable Splicing & Fast Connector Installation telah diadakan di Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian (TKR) ILP Sandakan selama dua hari. Peserta terdiri daripada 13 orang pelajar program, Diploma Teknologi Komputer Rangkaian dari salah satu Institut Latihan Kemahiran Awam di Sabah.

Matlamat kursus ini bagi mengukuhkan kefahaman para peserta tentang ilmu dan kemahiran Utama yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar jurusan Komputer Rangkaian berkaitan server dan rangkaian. Selain itu para peserta akan didedahkan dengan teknologi fiber optic yang kini sedang berkembang pesat penggunaannya di sektor industri rangkaian.

Antara Kandungan Kursus tersebut :-

1. TEORI

i. Computer Network Setup And Connectivity

ii. Server Installation And Configuration

iii. Fiber Optic Cabling

2. AMALI

i. Setup Server Workstation Hardware

ii. Setup Server Workstation Software (Nos)

iii. Setup Client Computer Hardware & Software

iv. Configure Dns & Dhcp Server

v. Configure Client To Network

vi. Implement Service Test Between Client And Server

vii. Install And Configure Iis / Web Server

viii. Install Web Browser On Client Computer

ix. Create Simple Web File And Upload To Web Server

x. Test Accessing Web Created From Client Computer

xi. Implement Network Speed And Internet Browsing Test On Client Computer To Server

        

 

 

       

  

Program lawatan sambil belajar pelajar semester 3 sesi 2/2017 telah dilaksanakan pada tarikh 22.08.2017 hingga 25.08.2017.Program ini melibatkan seramai 22 orang pelajar dan diiringi oleh 2 pengajar sebagai pegawai pengiring. Pelajar telah bertolak dari ILP Sandakan pada 22.8.2017 jam 8.00 pagi dan telah bermalam di Putatan.

Destinasi seterusnya adalah Telekom Malaysia (Labuan). Ketibaan para pelajar telah disambut oleh pegawai Telekom Labuan. Kami telah diberi taklimat tentang peralatan dan teknologi terkini yang digunapakai oleh pihak Telekom untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Pada 24.08.2017, aktiviti seterusnya adalah program amal di Rumah Anak-Anak Yatim As-Sakinah Lok Kawi. Para Pelajar diberikan penerangan oleh pengerusi Rumah Anak Yatim As Sakinah mengenai sejarah penubuhan rumah tersebut. Para Pelajar juga terlibat membantu melaksanakan program akikah yang dianjurkan oleh rumah anak yatim tersebut.

Aktiviti terakhir adalah di Kundasang. Di sana pelaja-pelajar semester akhir telah menginap di penginapan yang bernama Walai Tokou Homestay selama 1 hari dan 1 malam. Antara aktiviti-aktiviti yang telah lakukan sepanjang berada di Kundasang ialah bacaan Yassin dan aktiviti BBQ.  

        

       

  

Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KKSK) ILP Sandakan telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan Pn. Rohana binti Mohd Salleh (Unit BPPA) pada 07 September 2017 (Khamis) pada jam 4.00 petang di mana beliau telah berpindah dan berkhidmat di tempat baharu iaitu Jabatan Kerja Raya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan ILP Sandakan dan majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis oleh En. Arun @ Rohim bin Buang dan diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KKSK) ILP Sandakan iaitu En. Anwar Bin Jusoh, diikuti ucapan pegawai yang dirai, Pn. Rohana binti Mohd Salleh dan seterusnya ucapan daripada Pengarah ILP Sandakan, Tn Hj Khairul Anuar bin Hj Deni. Sehubungan itu, majlis diakhiri dengan jamuan kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir. Akhir kata, warga ILP Sandakan mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn. Rohana dan ribuan terima kasih diucapkan di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhdimat di ILP Sandakan.  

  

  

Majlis Konvokesyen ILJTM Wilayah Timur (Zon Sabah & W.P Labuan) Tahun 2017 telah diadakan pada 27 Ogos 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Rafflesia ILP Kota Kinabalu. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Syabas dan tahniah diucapkan kepada 233 orang graduan yang layak bergraduasi dari ILP Sandakan yang terdiri daripada dua sesi keluaran iaitu 1/2016 & 2/2016. Reffeyandy Bin Ahmad merupakan graduan terbaik ILP Sandakan dalam bidang Teknologi Komputer Sistem. 

  

Real time web analytics, Heat map tracking

Senarai Blog

Pelawat Dalam Talian

Kami mempunyai 37 pengunjung dan tiada ahli dalam talian