ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

‘Refreshment’ tahun baharu yang juga sebagai rutin tahunan dalam diari institut telah berlangsung pada Khamis, 4hb Januari 2018 dan lokasi pilihan pada kali ini adalah di Dewan Persidangan, Tingkat 1, MPS. Sesi ‘Review’ Pengurusan 2018 ILP Sandakan lazimnya diawali dengan kata aluan daripada Yang Berusaha Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah ILP Sandakan yang telah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih dengan kerjasama, komitmen dan pencapaian warga institut sepanjang tahun 2017. Antara lain isu yang dibincangkan adalah berkaitan Perancangan SKT 2018 ILP Sandakan di mana setiap bahagian dan unit akan didedahkan dengan perancangan SKT Tahunan terutama berkaitan sasaran dan panduan untuk tahun 2018.

Selain itu, isu permohonan perpindahan secara dalaman oleh pegawai juga dititikberatkan dan diperhalusi demi menjaga imej institut dan penghasilan kerja yang berkualiti dan cemerlang, dan isu terakhir yang tidak kurang pentingnya adalah aspek keselamatan dari semua segi termasuk pelaksanaan prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi dari semasa ke semasa. Dalam slot terakhir, sebagai penghargaan kepada tuan rumah, institut telah menjemput Encik Mansor bin Haji Kawi, Penolong Setiausaha Operasi MPS untuk perkongsian maklumat yang lebih jelas mengenai Peranan dan Fungsi MPS. Pada hari yang sama seusai sesi ‘Review’ Pengurusan 2018, Pengarah dan semua pegawai telah berkumpul di Taman Mini Arnab, tasik Denai Alam ILP Sandakan bagi menzahirkan majlis simbolik menghargai kejayaan kemahiran yang telah dicapai oleh ILP Sandakan sebelum ini.

  

ILP Sandakan telah menerima kunjungan YBhg. Dato’ Mohamed Elias bin Abu Bakar,Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KSM, bersama YBhg. Dato’ Sri Nadzri Siron, Ketua Pengarah JTM, dan YBhg. Dato' Md Ziki bin A.Rahman, Setiausaha Bahagian (BKSM) dalam lawatan kerja sehari di ILP Sandakan pada 12hb Oktober 2017. Tujuan lawatan ini diadakan bagi meninjau prestasi pelaksanaan projek pemuliharaan struktur fizikal ILP Sandakan bagi tahun 2017.

Dalam kesempatan ini, pihak institut amat teruja apabila Dato’ TKSU (Operasi) sudi meluangkan sedikit masa iaitu pada 13hb Oktober 2017 bagi membincangkan kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Di Antara ILP Sandakan – NIOSH (Sandakan) yang juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Zahrim bin Osman, Pengarah Esekutif (NIOSH, Bangi) dan beberapa orang wakil pegawai dari NIOSH,KSM & ILP Sandakan. Adalah diharapkan agar kerjasama ILP Sandakan-NIOSH (Sandakan) wajar diteruskan dan dilihat dapat memberikan impak positif kepada kedua belah pihak. Tasik Denai Alam menjadi saksi apabila aktiviti memancing diselitkan ke dalam program lawatan tersebut.

 

 

Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset (BPPA) dan Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM) ILP Sandakan sekali lagi telah berkolaborasi menganjurkan Bengkel Pasukan Pengumpul Data Aset Khusus (DAK) Peringkat Komponen Bagi Aset Tak Alih Kerajaan Siri 2/2017 bagi menyelaraskan kaedah pengumpulan data sebelum dimuatnaik ke dalam sistem mySPATA.

Bengkel kali ini lebih fokus kepada kaedah pengisian maklumat yang diperolehi daripada senarai komponen di setiap ruang yang telah dikumpul sebelum ini ke dalam borang aset tak alih (DA.6). Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan latihan kepada pegawai dan kakitangan ILP Sandakan yang dilantik sebagai ahli Pasukan Pengumpul Data memahami perincian atribut Daftar Aset Khusus (DAK) peringkat komponen yang terkandung dalam Borang DA.6 agar maklumat yang diisi ke dalam borang tersebut selaras dan berkualiti.

Bengkel ini telah dijalankan selama tiga (3) hari bermula pada 7 hingga 9 November 2017 bertempat di Makmal Aplikasi, Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR), ILP Sandakan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Dg Zaimah Binti Ag Tuah (Penceramah) dengan kerjasama En. Nurzharfan Bin Rafei Bui dan penyertaan melibatkan seramai 13 orang pegawai ILP Sandakan.

Berlokasi di Bengkel Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara pada 24- 26 Oktober 2017 telah berlangsungya Kursus Certification Service Technician Programme (Refrigeration And Airconditioning Sector). Seramai tujuh (7) orang peserta dari pelbagai sektor industri sekitar Sandakan bagi mengikuti kursus tersebut.. Antara objektif kursus ini adalah untuk memastikan bahawa Technician dalam bidang Refrigerant & Airconditioning System (RACs) kompeten dan diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar. Di akhir kursus, peserta akan menduduki peperiksaan bagi melayakkan peserta menjadi seorang kompeten dari Jabatan Alam Sekitar.

 

Real time web analytics, Heat map tracking

Pelawat Dalam Talian

We have 28 guests and no members online