ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

Pengarah CIAST telah mengadakan lawatan kerja CSC-ILP Sandakan pada 24hb Mei 2017 bagi meninjau keadaan CSC dan seterusnya mengadakan pertemuan bersama pegawai & pelajar CSC di ILP Sandakan. Rombongan diketuai oleh En.Suimi Bin Abd Majid selaku Pengarah CIAST dan diiringi oleh En.Ghazali Bin Udin dan En.Ku Azmie Bin Ku Husin. Lawatan kunjung hormat tersebut disambut meriah oleh pihak pengurusan tertinggi ILP Sandakan. Kedua-dua pihak berharap agar persefahaman & kerjasama erat ini kekal bagi menghasilkan objektif pada tahap maksimum seiring dengan matlamat sebenar “Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)”.

 

 

Pada 3 April sehingga 21 April 2017 , Majlis Perwakilan Pelajar ILP Sandakan Sesi 1/2017 telah mengadakan program Karnival Bulan Sukan , antara yang terlibat dalam program tersebut ialah Semua pelajar ILP Sandakan dan Staf ILP Sandakan. Objektif utama program ini diadakan ialah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar dengan staf ILP Sandakan. Selain itu, program ini dapat memupuk semangat kesukanan Para Pelajar ILP Sandakan bagi menyahut seruan Menteri Belia Sukan Malaysia. Antara sukan yang dipertanding ialah bola jaring, futsal, bola tampar dan takraw. Acara kemuncak Karnival Sukan pada sesi ini adalah acara Tarik Tali bagi semua bengkel di ILP Sandakan. Acara tersebut telah dimenangi oleh Bengkel Teknologi Elektrik.

Satu lawatan pemantauan Projek Pemuliharaan Struktur Fizikal telah dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri pada 20 April 2017. Ia bertujuan untuk memastikan projek yang sedang dijalankan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan sentiasa mengikut penanda aras yang telah ditetapkan. Lawatan ini dihadiri oleh Pn. Suraini Mohd Talip dan En. Ariffin Bin Hamzah dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah yang disambut kehadirannya oleh Ketua Jabatan Mekanikal En. Anwar Bin Jusoh dan Ketua Unit Pembangunan & Penyelenggaraan Aset (BPPA) En. Nurzharfan bin Rafei Bui. Antara lain yang turut menghadiri lawatan ini adalah masing-masing wakil dari pihak perunding dan kontraktor. Lawatan di setiap lokasi projek dilakukan setelah selesai sesi  pembentangan laporan prestasi projek oleh wakil kontraktor di Bilik Mesyuarat I, ILP Sandakan.

 

Pertandingan Ping Pong Tertutup ILP Sandakan telah diadakan pada 10 April 2017 bertempat di Dewan Besar ILP Sandakan. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KKSK) ILP Sandakan di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan silatulrahim. Disamping itu, ia dapat mendorong ahli kelab mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian melalui aktiviti beriadah. Diharapkan pertandingan tersebut telah mencapai aspirasinya dalam mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.

 -Artikel ditulis oleh Biro Sukan KKSK ILP Sandakan-

Real time web analytics, Heat map tracking

Senarai Blog

Pelawat Dalam Talian

Kami mempunyai 14 pengunjung dan tiada ahli dalam talian