ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

Program lawatan sambil belajar ini berlangsung pada 14 Mac sehingga 17 Mac 2017 dan telah dianjurkan oleh pelajar telekomunikasi semester 3 berserta 2 orang pegawai pengiring yang bertempat di Telekom Malaysia Berhad Tawau dan Kampung Panji, Semporna Sabah. Matlamat lawatan ini adalah untuk meningkatkan taraf kemahiran dan melatih pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang. Kami juga dapat mempelajari perkara-perkara baru dan didedahkan dengan dunia luar. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah taklimat mengenai sistem teknikal di ibu sawat utama (Jalan Belunu Tawau) yang mengawal setiap rangkaian telefon di Tawau yang dikendalikan oleh Telekom Berhad. Selain itu, demonstrasi bekerja di tempat tingg (WAH) telah disampaikan oleh Pegawai telekom yang bertauliah dan sedikit taklimat secara langsung mengenai aspek-aspek keselamatan berdasarkan rujukan akta OSHA yang bertempat di Jalan Apas Tawau. Manakala, penyampaian sebanyak 30 beg sumbangan makanan kepada mangsa kebakaran di Kampung Panji Semporna juga merupakan salah satu aktiviti yang termasuk di dalam tentatif sepanjang lawatan sambil belajar ini.

Di samping itu juga para pelajar berkesempatan untuk terlibat dalam aktiviti mendaki di Bukit Tengkorak, Aktiviti makan malam sambil beramah mesra juga turut diadakan. Program yang dijalankan selama 4 hari 3 malam ini telah memberi pengalaman yang bernilai bagi setiap pelajar Semester akhir Bengkel Teknologi Telekomunikasi, ILP Sandakan yang terlibat. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada situasi pekerjaan yang sebenar.

 Artikel ditulis oleh:Muhammad Syaruddin bin Madeaming (Pelajar Sem 3,TKT)

Pin It
Real time web analytics, Heat map tracking

Senarai Blog

Pelawat Dalam Talian

Kami mempunyai 58 pengunjung dan tiada ahli dalam talian