ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

Syabas & Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2016. Sesungguhnya, anugerah ini membuktikan bahawa tuan/puan merupakan aset yang amat bernilai kepada institut dalam memastikan kejayaan berterusan di masa-masa akan datang. Pengiktirafan sebegini diharapkan akan menjadi penyuntik semangat kepada semua warga institut agar dapat meningkatkan usaha sekaligus mewujudkan persekitaran persaingan yang sihat dalam kalangan pegawai dan kakitangan untuk memperbaiki keupayaan dan kemahiran agar dapat menghasilkan perkhidmatan yang terbaik.

Majlis gilang-gemilang itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem pada 29hb Mac 2017 bertempat di Auditorium D8, Komplek D,Putrajaya. “Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi”.Senarai penerima APC 2016,ILP Sandakan adalah seperti berikut:

1. Norashsikin binti Mohd Arsad (DV41)

2. Silvester bin Lawai (DV29)

3. Darman bin Daming (DV29)

4. Azbullah bin Abdul Rani (DV29)

5. Mohd Ahmad bin Abdul Samad (H11)

Pin It
Real time web analytics, Heat map tracking

Senarai Blog

Pelawat Dalam Talian

Kami mempunyai 44 pengunjung dan tiada ahli dalam talian