ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

Penyelaras Kelab : En. Nurzharfan Bin Rafei Bui & Pn. Suzanah Binti Jahar

Tarikh : 13 April 2019

Masa: 8.30 – 11.30 pagi

Tempat Pelaksanaan: Dewan Serbaguna dan Tasik Denai Alam, ILPSDK 

Objektif Program: 

  • Mewujudkan keseimbangan antara perkembangan mental dan jasmani pelatih
  • Mengukuhkan interaksi di kalangan pelatih yang berlainan senioriti dan bidang
  • Membina dan meningkatkan minat, kebolehan dan potensi pelatih dalam aktiviti yang diceburi
  • Mewujudkan budaya pembelajaran (luar kuliah) yang berimpak positif, suasana menarik, menyeronokkan dan menggembirakan

Ringkasan Program: 

Sesi Ko-Kurikulum Kelab Fitness dimulakan dengan sesi kecergasan yang diketuai oleh Puan Suzanah Jahar bagi memastikan keadaan fizikal para pelajar bersedia untuk melaksanakan aktiviti sukan pada hari tersebut. Seterusnya, penyelaras kelab menyampaikan sesi taklimat berkenaan program yang akan dijalankan pada hari tersebut iaitu pertandingan Dodgeball dan Kayak. Para pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan utama bagi tujuan kedua-dua pertandingan tersebut. Setiap kumpulan disertai oleh pelajar dari pelbagai bidang bengkel dan dikehendaki melantik seorang ketua kumpulan. Pertandingan Dodgeball dilaksanakan diantara 4 kumpulan yang telah dibahagikan dan para pelajar bersaing dengan sihat bagi menjadi juara sukan dodgeball yang julung kali diadakan di ILP Sandakan. Perlawanan kalah-mati dilaksanakan untuk pertandingan tersebut bagi memastikan pertandingan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Sesi Ko-kurikulum kemudian diteruskan dengan pertandingan kayak yang diadakan di Tasik Denai Alam ILP Sandakan. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar 2 orang wakil pelajar lelaki bagi menyertai pertandingan tersebut. Kumpulan yang mencatatkan masa terpantas dikira sebagai pemenang. Sebagai penutup, sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh penyelaras kelab iaitu En. Nurzharfan Rafei Bui yang telah mengumumkan pemenang-pemenang bagi pertandingan yang telah dilaksanakan. 

Pin It
Real time web analytics, Heat map tracking

Pelawat Dalam Talian

We have 17 guests and no members online