ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset (BPPA) dan Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM) ILP Sandakan sekali lagi telah berkolaborasi menganjurkan Bengkel Pasukan Pengumpul Data Aset Khusus (DAK) Peringkat Komponen Bagi Aset Tak Alih Kerajaan Siri 2/2017 bagi menyelaraskan kaedah pengumpulan data sebelum dimuatnaik ke dalam sistem mySPATA.

Bengkel kali ini lebih fokus kepada kaedah pengisian maklumat yang diperolehi daripada senarai komponen di setiap ruang yang telah dikumpul sebelum ini ke dalam borang aset tak alih (DA.6). Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan latihan kepada pegawai dan kakitangan ILP Sandakan yang dilantik sebagai ahli Pasukan Pengumpul Data memahami perincian atribut Daftar Aset Khusus (DAK) peringkat komponen yang terkandung dalam Borang DA.6 agar maklumat yang diisi ke dalam borang tersebut selaras dan berkualiti.

Bengkel ini telah dijalankan selama tiga (3) hari bermula pada 7 hingga 9 November 2017 bertempat di Makmal Aplikasi, Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR), ILP Sandakan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Dg Zaimah Binti Ag Tuah (Penceramah) dengan kerjasama En. Nurzharfan Bin Rafei Bui dan penyertaan melibatkan seramai 13 orang pegawai ILP Sandakan.

Pin It
Real time web analytics, Heat map tracking

Senarai Blog

Pelawat Dalam Talian

Kami mempunyai 29 pengunjung dan tiada ahli dalam talian