ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

Untuk atasi rasa bosan belajar,kita akan terfikir untuk ke tempat lain dengan suasana berbeza. Idea penyelaras program tercetus apabila berjaya menganjurkan “Program Amal Kesedaran Sivik 3K (Kutip,Kumpul,Kira)” kolaborasi bersama BPSM (ILP Sandakan) & NIOSH (Sandakan) bertempat di Komplek Sukan Sandakan pada 18hb Februari 2017.


Jalinan kasih antara ILP Sandakan dan NIOSH Sandakan jelas terpamer apabila program seumpama ini diadakan. Penglibatan seramai 25 orang pelajar dan 5 orang pegawai menyerlahkan lagi misi program ini. Pelajar telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terlihat mempunyai strategi & taktik tersendiri untuk mengumpul sampah yang terdapat di sekitar Komplek Sukan Sandakan. Tahniah kumpulan 3 kerana telah menjuarai pertandingan dengan jumlah kutipan sampah yang tertinggi.

Pin It
Real time web analytics, Heat map tracking

Senarai Blog

Pelawat Dalam Talian

Kami mempunyai 51 pengunjung dan tiada ahli dalam talian