ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

ILP Sandakan telah menerima kunjungan YBhg. Dato’ Mohamed Elias bin Abu Bakar,Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KSM, bersama YBhg. Dato’ Sri Nadzri Siron, Ketua Pengarah JTM, dan YBhg. Dato' Md Ziki bin A.Rahman, Setiausaha Bahagian (BKSM) dalam lawatan kerja sehari di ILP Sandakan pada 12hb Oktober 2017. Tujuan lawatan ini diadakan bagi meninjau prestasi pelaksanaan projek pemuliharaan struktur fizikal ILP Sandakan bagi tahun 2017.

Dalam kesempatan ini, pihak institut amat teruja apabila Dato’ TKSU (Operasi) sudi meluangkan sedikit masa iaitu pada 13hb Oktober 2017 bagi membincangkan kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Di Antara ILP Sandakan – NIOSH (Sandakan) yang juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Zahrim bin Osman, Pengarah Esekutif (NIOSH, Bangi) dan beberapa orang wakil pegawai dari NIOSH,KSM & ILP Sandakan. Adalah diharapkan agar kerjasama ILP Sandakan-NIOSH (Sandakan) wajar diteruskan dan dilihat dapat memberikan impak positif kepada kedua belah pihak. Tasik Denai Alam menjadi saksi apabila aktiviti memancing diselitkan ke dalam program lawatan tersebut.

 

 

Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset (BPPA) dan Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM) ILP Sandakan sekali lagi telah berkolaborasi menganjurkan Bengkel Pasukan Pengumpul Data Aset Khusus (DAK) Peringkat Komponen Bagi Aset Tak Alih Kerajaan Siri 2/2017 bagi menyelaraskan kaedah pengumpulan data sebelum dimuatnaik ke dalam sistem mySPATA.

Bengkel kali ini lebih fokus kepada kaedah pengisian maklumat yang diperolehi daripada senarai komponen di setiap ruang yang telah dikumpul sebelum ini ke dalam borang aset tak alih (DA.6). Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan latihan kepada pegawai dan kakitangan ILP Sandakan yang dilantik sebagai ahli Pasukan Pengumpul Data memahami perincian atribut Daftar Aset Khusus (DAK) peringkat komponen yang terkandung dalam Borang DA.6 agar maklumat yang diisi ke dalam borang tersebut selaras dan berkualiti.

Bengkel ini telah dijalankan selama tiga (3) hari bermula pada 7 hingga 9 November 2017 bertempat di Makmal Aplikasi, Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR), ILP Sandakan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Dg Zaimah Binti Ag Tuah (Penceramah) dengan kerjasama En. Nurzharfan Bin Rafei Bui dan penyertaan melibatkan seramai 13 orang pegawai ILP Sandakan.

Berlokasi di Bengkel Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara pada 24- 26 Oktober 2017 telah berlangsungya Kursus Certification Service Technician Programme (Refrigeration And Airconditioning Sector). Seramai tujuh (7) orang peserta dari pelbagai sektor industri sekitar Sandakan bagi mengikuti kursus tersebut.. Antara objektif kursus ini adalah untuk memastikan bahawa Technician dalam bidang Refrigerant & Airconditioning System (RACs) kompeten dan diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar. Di akhir kursus, peserta akan menduduki peperiksaan bagi melayakkan peserta menjadi seorang kompeten dari Jabatan Alam Sekitar.

 

17 Oktober 2017- Taklimat Kenaikan Pangkat Berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC) Bagi Skim Perkhidmatan DV telah diadakan di Bilik Torosob NIOSH Cawangan ILP Sandakan. Taklimat disampaikan oleh Engr. Kamaruzaman Bin Hj. Md. Ali (Pengarah ILP Kuala Lumpur). Seramai 43 orang Kakitangan bagi Skim Perkhidmatan DV telah hadir ke taklimat tersebut. Kenaikan pangkat berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC) akan dilaksanakan pada awal Januari 2018. 

Matlamat taklimat ini adalah untuk memberi kefahaman dan penekanan kepada pegawai / kakitangan ILP Sandakan berkenaan Kenaikan Pangkat Secara Kriteria Kecemerlangan (KC) yang akan dilaksanakan pada awal Januari 2018.

  

 

Real time web analytics, Heat map tracking

Senarai Blog

Pelawat Dalam Talian

Kami mempunyai 22 pengunjung dan tiada ahli dalam talian