ILPSDK BLOG

Berita Terkini ILP Sandakan

Pada 11 April 2019 bersama hari khamis,  Seramai 17 orang pelajar dan  2 orang pengajar  telah  melibatkan diri dalam program “Lawatan  Sambil  Belajar Ke Pejabat TM dan Pusat Latihan Kemahiran Orang Buta Sabah” yang dianjurkan oleh pelajar semester 3 sesi 1/2019 bengkel teknologi telekomunikasi. Program ini berlangsung selama 1 hari dan dilaksanakan bagi melengkapkan keperluan kerja kursus dalam  modul  antenna  installation  and maintenance. Objektif  bagi program ini adalah untuk memupuk semangat berkumpulan dan individu yang  komited dalam  mengendalikan  program serta meningkatkan  motivasi  pelajar ke arah  pencapaian  pembelajaran  lebih baik tambahan pula dapat mewujudkan  hubungan  yang erat dan  suasana muhibah dengan aktiviti yang  dilakukan manakala ilmu yang diperolehi dalam bilik kuliah dapat  dipraktikan  melalui situasi sebenar.

Program ini bermula pada sebelah  pagi  hari  khamis dengan  aktiviti pertama iaitu ke Ibusawat TM yang terletak dibatu 1½, di sana kami membuat lawatan mengenai teknologi yang terbaru digunakan dalam bidang telekomunikasi. Selain itu, kami dapat mengenali  peralatan dan mengenal pasti kegunaannya. Seterusnya, dengan aktiviti kedua sebelah petang  ke Pusat  Latihan Orang  Buta Sabah  yang terletak di batu 12,  Rancangan Sungai Manila untuk melakukan  aktiviti gotong –royang di kawasan sekitar pusat latihan tersebut. Di samping itu, dapat mempelajari dan mengenal pasti  kemahiran yang terdapat di pusat latihan tersebut dan melihat bagaimana mereka melakukan aktiviti seharian. Program ini memberi kesan yang positif pada diri pelajar kerana melalui program ini terbentuk pelajar yang berjiwa kepimpinan, kreatif, amanah dan bertanggungjawab

Secara keseluruhannya, Perkembangan minda seseorang berkait rapat dengan percambahan  pengetahuan sama ada yang diperolehi secara formal atau  tidak formal. Jauh perjalanan menjadikan pengetahuan pelajar luas dan berkembang. Lawatan  Akademik merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran  pelajar, bagi memberikan  pendedahan kepada para pelajar tentang dunia perkerjaan  sebenar yang berlaku di persekitaran dengan cabaran yang sedia ada.      

Pada 5 dan 6 april 2019, seramai 39 pelajar dan 5 orang pengajar telah melibatkan diri dalam program “Pengukuhan Diri Dan Silaturahmi”  yang dianjurkan oleh pelajar semester 2 sesi 1/2019. Program ini berlangsung selama 2 hari dan dilaksanakan bagi melengkapkan keperluan kerja kursus dalam modul Supervisory Management. Objektif bagi program ini adalah untuk memupuk semangat berkumpulan dan individu yang komited dalam mengendalikan program.

Program ini bermula pada sebelah pagi hari jumaat dengan aktiviti 1 iaitu Three Legged Race dan diiringi dengan aktiviti tambahan iaitu bola jaring bagi memenuhi masa yang telah ditetapkan dalam tentatif program. Seterusnya pada sebelah petang, aktiviti 2 dijalankan iaitu sukaneka. Selanjutnya, acara Stage Fright dilaksanakan pada sebelah malam dan aktiviti yang terakhir diadakan pada hari sabtu iaitu acara Kayak.

Secara keseluruhannya, program ini memberi kesan yang positif pada diri pelajar kerana melalui program ini terbentuk pelajar yang berjiwa kepimpinan, kreatif, amanah dan bertanggungjawab.

”Mengharapkan kejayaan tanpa usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan

Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Benarlah kata pepatah melayu “Usaha Tangga Kejayaan”.

 

Sorakan kontinjen “The Red Warriors” memenuhi segenap ruang Dewan Kuliah Utama apabila Encik Nurzharfan bin Rafei Bui selaku Penyelaras Program mengumumkan Kontinjen Rumah Sukan Merah telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan sekaligus membawa pulang Piala Pusingan Program Hari Sihat ILP Sandakan Sesi 1/2019. Kontinjen Rumah Sukan Hijau dengan tagline “tunduk-tunduk menanduk” terpaksa beralah di tempat kedua, diikuti oleh pasukan Yellow Tigers (Rumah Kuning) dan seterusnya pasukan Blue-Dragon (Rumah Biru). Program yang julung-julung kali diadakan selama 2 hari (29-30 April 2019) ini memberi sedikit kelainan apabila 11 acara sukan yang dipertandingkan melibatkan gabungan pelajar dan kakitangan institut. Acara sukan yang dipertandingkan termasuklah Bola Sepak, Futsal, Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Ping Pong, Tarik Tali serta sukan rakyat iaitu lompat dalam guni, lari tiga kaki dan Blind-Penalty.

Perasmian Majlis Penutup Program Hari Sihat Sesi 1/2019 ILP Sandakan dan acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Raris bin Mohamed Yusof,Pengarah ILP Sandakan. Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi (KKSK) ILP Sandakan juga turut menganjurkan Acara Sukan Bowling VVIP Staff ILP Sandakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang, adalah diharapkan agar sukan sebegini dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga institut.

Akhir sekali tidak dilupakan juga kepada pihak pengurusan khasnya kepada Pengarah ILP Sandakan dan Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan  (BPPL) yang turut serta merancang program hari sihat yang julung-julung kali diadakan, bagi mengisi aktiviti riadah pelajar dan kakitangan di ILP Sandakan. Tidak kurang juga hebat energi,usaha dan idea yang ditonjolkan oleh Barisan Exco MPP Sesi 1/2019 yang sentiasa bersama-sama susah dan senang berada dalam satu pasukan semestinya dibawah pimpinan En.Nurzharfan Bin Rafei Bui serta pengorbanan semua kakitangan insitut dan pelajar yang turut terlibat serta secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang dalam menjayakan program ini.

Real time web analytics, Heat map tracking

Pelawat Dalam Talian

We have 24 guests and no members online